LAMAN UTAMA · MISI · VISI · PIAGAM PELANGGAN · ORGANISASI Saturday, January 28, 2012
Navigasi
Jendela Kaunseling
Artikel
Muat Turun
Forum
FAQ
Pautan Web
Memori Aktiviti
Album Gambar
Hubungi Ketua Sektor
Hantar Fail
SPsK
JPNS
PPD
PPD Seremban
PPD Jempol & Jelebu
PPD Tampin
PPD Kuala Pilah
PPD Port Dickson
PPD Rembau
Pelawat Online
Pengguna Online: 2
Tiada Ahli Online

Ahli Berdaftar: 201
mydverey
Kalendar
January
MoTuWeThFrSaSu
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Events
Click here for more
Waktu Ini
Aplikasi Online




























Perkhidmatan

Kursus PERASA Pembantu Tadbir Siri 2/2011
Images: ALAM.JPG


Pada 27 - 29 September 2011 yang lalu, Sektor Psikologi dan Kaunseling KPM telah menganjurkan Kursus PERASA kepada Pembantu Tadbir yang berkhidmat di sekolah, PPD dan JPNS. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Kaunselor Organisasi PPD di Negeri Sembilan.
     Kursus ini telah diadakan di Kem PUSAKO Hassan Basir, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kursus yang dihadiri seramai 28 orang peserta telah ditutup secara rasminya oleh Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNS, Tn. Hj. Hashim bin Haron.
     Selain daripada Kaunselor Organisasi PPD yang menjadi penceramah dan fasilitator, kursus ini turut dijayakan oleh Imam Muda Fatah dalam pengisian kuliah Maghrib.

PROGRAM KOMUNITI DAN KAUNSELING KPM
Images: ALAM.JPG

Pada 25 Julai 2011, satu program komuniti dan kaunseling anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM bersama JPNS telah diadakan di Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban.
     Program turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Asariah bt. Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan). Selain beliau program ini turut dihadiri oleh Pengarah BPG, Pengarah JPNS dan PPD Seremban. 
     Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sedikit ceramah oleh Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNS, Tn. Hj. Hashim bin Haron dan kemudiannya sesi kaunseling kelompok yang dikendalikan oleh Kaunselor Organisasi PPD di Negeri Sembilan.
     Selepas sesi kelompok, sesi ceramah telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Nazmi bin Mohd. Noor, TSUB Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM. Sebaik sahaja ketibaan YBhg. Dato' Asariah, majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil di bawah pimpinan Ustaz Ramadhan, Kaunselor Organisasi IPG Raja Melewar, Seremban.
     Program ini diakhiri dengan jamuan ringkas dan sedikit cenderahati daripada YBhg. Dato' Asariah kepada anak-anak yatim Darul Aminan ini. Masjlis bersurai kira-kira jam 1.00 tgh.

SEFT for Total Solution
Images: SEFT.jpg


Pada 25 hingga 29 Julai 2011 bertempat di Hotel Everly, Melaka, satu kursus tentang SEFT iaitu Spiritual Emotional Freedom Technique telah dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM. SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) utuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, motivasi, tingakh laku dan 'peak performace' secara cepat, mudah dan universal.

Kursus Kompetensi Kaunselor Organisasi 2011
Images: 1.jpg


Kursus Kompetensi Kaunselor Organisasi KPM Tahun 2011 telah diadakan pada 19 hingga 21 Julai di Selesa Beach Resort Port Dickson. Kursus ini merupakan Plan Operasi Latihan (POL) bagi Kaunselor Organisasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan satu cabang yang terpenting dalam disiplin pembangunan sumber manusia. Kursus ini dihadiri oleh Kaunselor Organisasi PPD dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke 17
Images: Seminar Psikologi JPA 2011.jpg


Pada 5 & 5 Julai 2011 yang lalu, Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke 17 Tahun 2011 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang betemakan "Budaya Pengiktirafan: Antara Realiti dan Ekspektasi". Seminar ini telah dihadiri oleh Kaunselor dan Pegawai Psikologi dari Jabatan-Jabatan Kerajaan dan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Hj. Hassan, Ketua Setiusaha Negara.

Penulisan Kajian Tindakan

Images: Laman Web Kajian 1.jpg

Pada 31 Mei 2011 yang lalu, rombongan Kaunselor Organisasi Negeri Sembilan telah berkunjung ke Bahagian Psikologi Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyiapkan penulisan Kajian Tindakan dengan dibimbing oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Dr. Siti Taniza bt. Toha. Kajian bertajuk "Menangani Kesan Emosi Terhadap Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Yang Terlibat Dengan Bencana Banjir di Daerah Tampin pada 2011" ini dijangka akan diterbitkan dalam Jurnal BPsK keluaran akan datang ini.

 

Program 'Cism Team' Nageri Sembilan
Images: cism team.jpg

Pada 24 Mei 2011 hampir 40 orang ahli AKRAB Negeri Sembilan telah mengikuti Kursus Asas untuk 'Cism Team' di BPsK Putrajaya. Antara ahli AKRAB ialah dikalangan Kaunselor Organisasi PPD, Kaunselor Sekolah dan Ketua Unit di Jabatan. Kursus ini memberi pendedahan awal tentang tragedi yang mendatangkan perasaan trauma kepada mangsa dan peranan 'Cism Team' untuk membantu dari segi psikologi dan emosi.

Majlis Persaraan Tn. Hj. Mad Aris bin Azis
Images: persaraan ppdtampin.jpg

Tn. Hj. Mad Aris bin Azis telah bersara wajib pada 04 Mei 2011 yang lalu dan mengakhiri perkhidmatan awam sebagai Pegawai Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.

Program Traumatik Banjir Warga JPNS 2/2011
Images:edit lw.jpg

Musibah  mendatang tanpa diduga dan mampu  dihalang.Begitulah nasib yang menimpa 66 warga pendidik  di sekitar  daerah Gemas pada akhir Jan 2011.Walaupun telah berlalu hampir 4 bulan namun kesan traumatik pasti segar dalam ingatan mereka. Justeru ,Sektor Psikologi dan kaunseling,JPNS turun  ke padang menyelami hati nurani  dan mendengar  perasaan  emosi yang masih terpendam.Pada  21 April yang lalu, seramai 18 orang guru  telah berkumpul di SK Syed Sirajudin (Kem Tentera), Gemas dengan dihadiri bersama Tn Hj Masbah Dato Hj Taha, Setiausaha Bahagian (SUB ),Bahagian Psikologi & Kaunseling,KPM , KS  SPsK  dan kaunselor-kaunselor PPD JPNS. Dalam ucapan ringkasnya,Tn  SUB menjelaskan peranan kaunseling  amat penting pasca banjir kerana  jika  emosi  tidak  dilepaskan( dipendam ) kemungkinan  akan  berlaku stres melampau dan kemurungan akan mengambil tempat. Kita tidak menyalurkan bantuan berbentuk  fizikal kerana peranan ini telah diambil oleh pelbagai agensi pada ketika kejadian tetapi lebih cenderung ke arah menstabilkan jiwa survival banjir . Beliau menyarankan para guru  redho dengan musibah  ini kerana sudah pasti  banyak hikmah  di sebalik  kejadian . Sesuatu yang boleh difikirkan pada masa depan ialah keperluan  persediaan awal  dalam menghadapi bencana  kerana fenomena cuaca yang tidak menentu pasti  berulang  lagi.

(Gambar Lain)

Program LO Stres Kewangan Warga KPM
Images: lo kew 1.jpg
                                                      

                                                        
Bahagian Psikologi  dan Kaunseling  ,KPM  telah berjaya menganjurkan  satu Bengkel Organisasi   Pembelajaran  berkaitan  menangani stres kewangan dalam kalangan  staf  Waga  KPM. Majlis telah berlangsung pada  7 April 2011 di Dewan Serbaguna, Aras 9, Kompleks E 12, Putrajaya. Slot  pertama  telah diisi oleh TSUB BPsK, Dr Siti  Taniza bt Toha  berkaitan  senario  dan punca stres yang dialami oleh penjawat awam pada  hari ini. Beliau  menyarankan kepada peserta beberapa tips untuk mengurangkan rasa tertekan  serta pendekatan  amalan spritual  yang sesuai.Pada  slot  kedua, para peserta telah  didedahkan kepentingan perancangan pengurusan  kewangan  diri  oleh penceramah  dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit( AKPK ). Respons para  peserta amat menggalakkan  kerana  input-input yang diperolehi boleh dijadikan  panduan  dan mengurangkan  rasa tertekan  serta meningkatkan prestasi  kerja .


Kunjungan Hormat terhadap Dato Hj Azam md Atan Pengetua Cemerlang SEMESRA
Images: Azam 5.jpg

Pada   13 April 2011 , Sektor  Psikologi dan  Kaunseling telah melakukan kunjungan hormat terhadap Dato Hj Azam  sempena  persaraan wajib beliau  ada 15 April 2011. Pihak  SPsK  ingin merakamkan  setinggi- tinggi penghargaan  atas sumbangan khidmat  bakti  sebagai  pendidik  kepada Dato Hj Azam Md Atan, Pengetua Cemerlang SEMESRA  selama  hampir 34 tahun..Beliau  telah  melalui pelbagai  ranjau sepanjang  dalam  perkhidmatan   hingga ke tahap  tertinggi  sebagai  Pengetua  Cemerlang Jusa  C  Kementerian Pelajaran Malaysia. Seperkara  lagi  , beliau  merupakan  Pengetua  yang cukup akrab  dengan perkembangan   perkhidmatan  Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pada hari  dan sentiasa  menjadi  rujukan kepada  para kaunselor  sekolah. Dalam amanat  terakhir , beliau  berpesan agar  sentiasa menjaga  integriti  , ikhlas  dan  sentiasa menjaga  ketrampilan diri  khususnya sebagai  seorang  kaunselor. Pihak  SPsK  mendoakan kesejahteraan kesihatan beliau sekeluarga dan berharap beliau   akan memulakan  episod baru  dalam kehidupannya sebagai pesara  awam dengan  mencurahkan  segala pengetahuan  dan   pengalaman  untuk  dikongsikan  bersama  warga pendidikan .Selamat  Bersara Ckgu !

Page 1 of 6 1 2 3 4 > >>
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
KENALI PENERAJU
Tn. Hj. Hashim bin Haron
Ketua Sektor

En. Roslee bin Hj. Ahmad
Penolong Pengarah

Pn. Zakiah binti Zakaria
Kaunselor Organisasi PPD Seremban

En. Shamsulkamal bin Rahman
Kaunselor Organisasi PPD Jempol & Jelebu

En. Muzafar Nor bin Muris
Kaunselor Organisasi PPD Tampin

En. Riddzwan bin Salim
Kaunselor Organisasi PPD Kuala Pilah

En. Jamaluddin bin Abdul Ghani
Kaunselor Organisasi PPD Port Dickson

Tn. Hj. Mohd Zhaffar bin Hussin
Kaunselor Organisasi PPD Rembau

Pn. Zahariah binti Abu
Pembantu Tadbir

Pn. Amnah binti Yasin
Pembantu Tadbir
Pesanan Ringkas
Anda perlu daftar sebagai ahli untuk hantar mesej di ruangan ini.

unilogin
02/12/2011 08:16
Ïðèâåò âñåì! Õîðîøèé ó âàñ ñàéò, èíòåðåñíûé. À òî óæå óñòàë â ïîèñêå íàõîäèòü âñÿêîå [url=http://pornoteatr.co
m/]ïîðíî[/url]. Æåëàþ óñïåõîâ!


roslee62
25/11/2011 08:27
Salam.Lawatan Penanda aras SPsK ke Kuching pada 27 Nov - 1Dis.Bertolak dr LCCT jam 8.30 pg( ahad 27 Nov ).Harap maklum.

roslee62
20/10/2011 10:53
Salam.Makluman terkini pemergian menunaikan fardhu haji .Pn Zakiah pd 24/10 dan Ust Ridzwan pd 26/10.Semoga kedua2nya memperolehi haji mabrur.insya Allah.

roslee62
07/10/2011 12:09
Semua Kaunselor Organisasi PPD.Mesy blanan SPsK pada 18 Okt di PPD Seremban.Harap maklum.

roslee62
05/09/2011 10:01
Mesy.JKTMGKB JPNS 3/2011 pada 14/9/11 jam 9.00 pg di Balai Gadang.Mesy pra JKTMGKB pada 7 /9/11 di Bilik SPSK JPNS jam 8.30 pg.Harap dapat hadir utk kemaskinikan data epsk.

roslee62
25/08/2011 10:04
Selamat Menyambut Idilfitri buat semua warga JPNS.Bersederhana dalam menyambut perayaan ini dan perkukuhkan silaturahim melalui saling menziarahi dan bermaafan sesama kita.

roslee62
13/06/2011 15:01
Makluman.Mesy JKTMGKB 2/2011 akan diadakan pada 16 Jun 11(Khamis) di Balai Gadang,JPNS jam 9 pg.

w1q3
08/06/2011 04:11
[url=http://www.ekid.info
]êîëÿñêè áîãóñ[/url], [url=http://www.ifoundit.
info]ñòèðàëüíûå ìàøèíû èíäåçèò îòçûâû[/url], [url=http://www.igoods.in
fo]apple com ru[/url], [url=http://www.offices


roslee62
03/05/2011 15:33
Mesy Blnan SPsK 5/2011 pada 5 Mei di SK Kg Gelam,PD.Prog S N C di SDASA n SMT PD.Semua KO diwajibkan hadir.TK.

roslee62
25/04/2011 22:03
Prog Tarumatik Banjir ke 2 pd 28 Apr di SK sg Kelamah,Gemncheh.Semua KO dijemput hadir.

Shoutbox Archive
Semak Kadar Tol


Akhbar Online












Hak Milik Sektor Psikologi & Kaunseling © JPN Negeri Sembilan 2009